Khamis, 22 Mac 2012

Kalau saja dia memahami aku

Aku adalah seorang perempuan biasa. Sangat biasa dan sederhana. Yang bila mana masalah sering mengganggu hari-hariku, aku bisa nangis. Nangis kerana tak kuat untuk melalui dugaan itu. Nangis aku bukan pada air mata yang mengalir di pipi, tapi nangis aku di dalam sini, di dalam hati yang cukup-cukup rapuh.

Aku takut.

Aku takut kalau-kalau aku salah. Aku takut kalau-kalau pilihan aku tak benar. Aku takut kalau-kalau hati aku sakit lagi. Aku takut kalau-kalau perkara sama akan berulang. Aku makin takut sekarang, aku tak tipu.

Benarkah ini jalan yang harus aku pilih sebenarnya?
Kenapa cepat benar keputusan aku?
Apa aku buat ni? Apa aku fikir ni?

Allahu Rabbi..


#Aku tak buat perbandingan, tetapi dia lebih respek padaku.

Rabu, 21 Mac 2012

Too late

I don't really like it. Tapi aku kena cuba belajar menerima. Sebab siapa aku? Takde sebab nak menghalang benda dan soal tu daripada terjadi. So, belajar menerima.

Tapi nanti jangan cakap aku tak reti ambil kisah!


Do whatever you want. It's not that I don't care. But I just DON'T WANT to care. It's not so hard anyways. Hmm..

Aku tak tahu apa pilihan yang aku ada dulu. Aku tak tahu kenapa aku dipilih untuk itu. Dan aku tak tahu kenapa aku pilih yang itu. Takde siapa mampu jawab, sebab aku sendiri pun tak tahu, of course.
Yes, I deserve to be happy.



Fikir lama-lama, aku diam dan buntu. Sampai bila aku mampu kekal begini. I don't want to give up.

Ahad, 11 Mac 2012

What to do?

I think we like to complicate things when it's quite simple. Find what it is that makes you happy and who it is that make you smile and you're set.

Promise.

Jumaat, 2 Mac 2012

My Hero, My SUPERMAN!

Ada satu ketika bila aku terfikir, ada ke nanti seorang lelaki yang sanggup menanggung aku sepenuhnya? Ada ke lelaki yang sudi menjaga aku dari hujung rambut sampai hujung kaki aku? Ada ke lelaki yang mampu memberi apa saja kemahuan aku?

Ada ke lelaki yang sanggup menanggung, menjaga dan memberi segalanya untuk aku seperti apa yang telah abah aku lakukan sepanjang usia aku sejak dari aku pertama kali diazankan sehingga tiba saat aku aku akan dilepaskan dari tanggungjawab abah?

Abah, jangan lepaskan Ika di bawah tanggungjawab sesiapa pun jika dia tak mampu membuat apa yang abah telah berikan sepanjang Ika menjadi tanggungjawab abah. Tak ada sesiapa pun yang mampu tewaskan kehebatan abah menjaga Ika. Dan kalau pun ada, takkan mampu dia sehebat abah.

Abah, tak ada sesiapa mengenali Ika, anak abah. Tak ada sesiapa mampu jaga diri Ika, dan hati Ika sebagaimana yang telah abah lakukan. Abah lah kekuatan Ika.

Rindu abah, my only man. I truly love you. :')

Sedar

Ada satu-satu masa dalam hidup kita, kadang-kadang bila melakukan sesuatu tanpa berfikir tu buat kita rasa menyesal. Rasa tersalah. Nak dibiarkan, kita yang sakit. Bila tak dibiarkan, orang lain yang kecewa. How can we fix that?

Menjaga hati tu payah.

Tak sepatutnya aku bising. Baik aku diamkan diri, bekukan hati. Lebih baik aku tak ada perasaan, kalau begini lah susahnya menjaga perasaan.

Aku rasa kecewa, tapi bukan ni masanya. Ini silap aku. Maafkan aku.