Sabtu, 11 Februari 2012
Jaga Luar, Jaga Dalam.
Yang bertudung labuh, berkopiah & penuh ilmu agama di dada pun bersayang-sayang dengan ajnabinya, macamana gua nak respek orang macam tu??
Jumaat, 10 Februari 2012
Ketidakmampuan
Aku melihat dalam diam. Tak mampu terucap apa-apa.
Cuma mampu alihkan pandangan. Tak mampu, tak mahu.
Aku mendengar tanpa menyahut panggilan. Aku cuba abaikan.
Dan aku berfikir. Biarlah, aku tak mampu berbuat apa-apa.
Aku tak rasa terkalah. Tapi sedikit terkilan.
Rosak hariku.
Kau tahu betapa aku lemah di hadapannya.
Selasa, 7 Februari 2012
Jangan Layan Moody Aku
Aku bukan nak terasa hati sangat pun. Tak tau kenapa lately aku macam mudah nak moody sikit. Semua serba tak kena je. Buat ni salah, buat tu silap. Sampai orang lain yang kena tempias sikap sensitif aku kali ni. Padan muka hampa.
Kalau nak ikutkan, aku boleh tacing dengan semua orang. Dengan mak, abah, kakak, kawan-kawan, lecturers. Dan dengan dia. Sudah lah Ika. Membesarlah, matanglah. Please..
Isnin, 6 Februari 2012
Kesempurnaan
Pernah seseorang itu bertanya kepada aku, "bagaimana nak melihat kesempurnaan itu?"
Aku memberi jawapan, "macamana aku boleh tahu?"
Soalan dibalas dengan soalan. Maaflah, aku sendiri tak tahu bagaimana mahu menafsir kesempurnaan. Kerana aku pun bukannya sempurna. Kerana segala kesempurnaan itu rahsia Allah.
Maaf sejuta maaf. Aku banyak silap. Maafkan aku, aku orang bukan sempurna. Malah kau juga sama. Jangan hanya tahu menyalahkan aku, menuding jari menunjukkan salahku. Kita manusia, tak lari dari melakukan kesilapan.
Langgan:
Catatan (Atom)