Selasa, 31 Januari 2012

Aku Bising Pun Salah

"Ape masalah kau ni Ika?" Seorang teman yang sedang kehairanan dengan muka masam mencuka menyoal aku atas kelakuan yang dianggapnya tidak siuman, yang memang bukan aku. Mungkin dalam benaknya, aku sedang hilang akal, atau gila. Teman itu cuba menenangkan aku. Dia tengok je aku dari tadi. Aku sedar, sejak dari tadi mulut aku tak berhenti mengomel. Yang itu jadi bualan aku. Yang ini jadi bualan aku. Semua nak mengarut.

"Kau ni pelik la. Kalau aku senyap kang cakap aku ni pendiam, tak pandai berborak, pasif, pesimis. Ni aku buka mulut sikit dah cakap aku kaki merepek, mencarut, menganjing, dan sebagainya. Kau memang pelik." Balas aku sambil merenungnya tajam.

Tapi pada teman itu, aku senyum. Yang lain-lainnya cuma memandang sinis padaku. Ada aku kisah? Namun, pada satu ketikanya, mata aku tertancap pada sepasang mata yang dari tadi memandang aku. Itu juga temanku. Aku senyum, sambil angkat-angkat kening padanya. Bibirnya ukirkan senyuman. Tapi hambar. Aku tahu, dia sedang sedih. Maafkan aku, kerana tak berdaya memulihkan kondisi 'kita-kita' seperti sedia kala. Kita semua dah jadi lain. Kau sedang bersama 'orang luar' itu. Aku tahu kau rindu. Aku pun sama. Terus aku balas senyuman hambarnya. Kasihan, dia sedang salah sangka.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa dan apa sebabnya hari ni aku jadi over react, over active, hyper tak memasal. Seriously aku tak tahu. Muka macam orang tak guna menang loteri je. Ok, itu over.

currently listen to: What Are Words by Chris Medina

Isnin, 30 Januari 2012

Antara Aku, Kau, Dia & Mereka

Cuba kau bayang jika tanpa aku dan dia. Bayang saja memang boleh lah. Dan boleh kau lalui saat tanpa kami? Tanpa aku dan mereka. Okey lah, kalau bukan tanpa aku pun, tanpa dia. Atau mereka. Aku tak cakap nonsense. Aku tulis apa yang ada di benak fikiran sempitku. Sempit bagi kau, tapi luas bagi aku.

Apa aku merepek?

Kalau diikut merepeknya aku, sampai bila pun memang tak sudah. Macam kau tak pernah merepek. Ya, kau. Telunjuk aku memang tunding pada kau. Tak pernah merepek? Jangan nak menipu. Yang merepek ni lah aku simpan sampai hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan, malah tahun-tahun dengan kau. Diam. Aku memang suka diam. Buat apa kecoh. Kan aku ni fikirannya sempit. Ini firasat negatif aku. Kau tak pernah pun cakap aku fikiran sempit.

"Air dicincang takkan putus." Entah siapa yang cipta peribahasa begitu. Tapi memang betul pun. Air dicincang takkan pernah putus. Takkan pernah terpisah. Kita tengoklah nanti macamana 'air' tu boleh nk 'putus' kalau dicincang. Nak tengok jugak lama mana kau boleh 'putus'.

"What if i wanted to fight?" Pinjam ayat Jared Leto kejap. Cis, niat taknak tulis panjang-panjang pun.


Ahad, 29 Januari 2012

Sunyi

Aku dalam keseorangan, kesunyian.
Bersendirian dalam kamar buruk ini.
Cuma suara abang-abang The Beatles yang menemani.
Dan kekasih hati juga.
Lalu datang seorang teman.
Kondisi sunyi tadi mula riuh.
Pecah damainya dengan hilai tawa makhluk bernama manusia.
Namun ada pada satu ketikanya, diam kembali.
Sunyi dan senyap.
Aku kembali diam.
Dan aku masih diam.



Makanan telinga saat ini: Norwigian Wood-The Beatles

Let's get it started!

Mulakan yang baru. Let's get re-fresh!