Jumaat, 18 Mei 2012

...

Aku keliru
Sedikit kesal
Apa kehadiranku padanya
Cuma sekadar penggembira hari?
Apa aku bukan teman dukanya?
Jauh dari sudut hatiku
Tersimpan rasa
Tersisip rahsia
Yang aku rasa bukan semua dapat menerima
Bukan semua sudi menanggung rasa

Kehadiran aku padanya
Mungkin tersilap atur
Dari persoalan kebetulan
Aku termenung dan memikirkan
Apa benar katanya
Tiada siapa memahami
Tiada siapa mengerti rasa
Tapi aku di sini apa?
Aku di sini siapa padanya?
Sekadar penggembira hari?
Bukan peneman duka juga?
Itu persoalannya.

Ya, tiada siapa memahami
Ya, tiada yang mengerti
Tapi tiada dia fikirkan
Saat aku mula-mula menyahutnya?
Saat aku membuat keputusan menyambutnya?
Buat hatinya
Buat hatiku juga
Namun, disoal tiada yang memahami dia
Seolah-olah tiada aku di mata hatinya
Aku ini yang menerima dia
Aku ini yang menyambut dia
Tiada siapa yang memahami lagi?

Wahai peneman hidup, pelengkap jiwa. Ini buatmu, insan yang aku jiwakan. Kamu tidak berseorangan menaggung derita. Kita semua bersamamu. Jangan disoal tiada yang memahami, jangan dibicara tiada yang mengerti. Nanti banyak hati yang terasa. Banyak jiwa yang kecewa. Aku tidak merasa sakit fizikalmu, tapi aku merasa sakit emosimu.

Aku minta hargai kesabaranku. Kerana buah hati orang lain, tidak sama dengan buah hatiku. :)

Ahad, 15 April 2012

Buanglah bayangan kegagalan itu dan tinggalkan di luar hatimu.

Maafkan kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak terkendali

Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang

Sabtu, 14 April 2012

I hurt you, damn sorry.

Maafkan aku. I did all things wrong and I don't even know why. Setiap hari, memang ada saja salahnya pada aku. Sampai aku jadi takut, jadi tak senang hati nak bagitau apa yang aku buat. Aku tau, pada masa tu, akan ada yang tak kena. Tapi aku tetap cuba pujuk hati aku, tetap berharap dia mampu terima aku. Aku taknak kesalahan yang sama dengan yang dulu berulang pada hubungan aku kali ni.

It's not that I don't understand you. But please, don't underestimate me. You always think negative on me. Always. Always. And it's totally will bring me down. Aku tau, aku bukan sempurna, bukan semuanya baik. Tapi ini aku. Terima aku sebagaimana aku pada mulanya. Terima aku sebagaimana aku menerima dirimu. Kita cuma manusia, yang tak lari dari buat dosa dan khilaf. Maafkan aku.

Kau merasakan sesak di dadamu. Macam tu juga aku. Kerana aku manusia, macam kau juga.

"Malam nanti lepas amik kawan nak pegi mana pulak?"

Perli aku. It's damn hurt, you see?

Now, I ask you. Would you like to have a break off? So that, I won't hurt you anymore. So that, it will give us space to live our own life. So that, you'll happy.

Kalau betul kau kata aku ini menyakitkan hati!

Isnin, 2 April 2012

She Lost Her Soul

I know you can't believe
I could just leave it wrong
And you can't make it right
I'm gonna take off tonite.

Khamis, 22 Mac 2012

Kalau saja dia memahami aku

Aku adalah seorang perempuan biasa. Sangat biasa dan sederhana. Yang bila mana masalah sering mengganggu hari-hariku, aku bisa nangis. Nangis kerana tak kuat untuk melalui dugaan itu. Nangis aku bukan pada air mata yang mengalir di pipi, tapi nangis aku di dalam sini, di dalam hati yang cukup-cukup rapuh.

Aku takut.

Aku takut kalau-kalau aku salah. Aku takut kalau-kalau pilihan aku tak benar. Aku takut kalau-kalau hati aku sakit lagi. Aku takut kalau-kalau perkara sama akan berulang. Aku makin takut sekarang, aku tak tipu.

Benarkah ini jalan yang harus aku pilih sebenarnya?
Kenapa cepat benar keputusan aku?
Apa aku buat ni? Apa aku fikir ni?

Allahu Rabbi..


#Aku tak buat perbandingan, tetapi dia lebih respek padaku.

Rabu, 21 Mac 2012

Too late

I don't really like it. Tapi aku kena cuba belajar menerima. Sebab siapa aku? Takde sebab nak menghalang benda dan soal tu daripada terjadi. So, belajar menerima.

Tapi nanti jangan cakap aku tak reti ambil kisah!


Do whatever you want. It's not that I don't care. But I just DON'T WANT to care. It's not so hard anyways. Hmm..

Aku tak tahu apa pilihan yang aku ada dulu. Aku tak tahu kenapa aku dipilih untuk itu. Dan aku tak tahu kenapa aku pilih yang itu. Takde siapa mampu jawab, sebab aku sendiri pun tak tahu, of course.
Yes, I deserve to be happy.



Fikir lama-lama, aku diam dan buntu. Sampai bila aku mampu kekal begini. I don't want to give up.

Ahad, 11 Mac 2012

What to do?

I think we like to complicate things when it's quite simple. Find what it is that makes you happy and who it is that make you smile and you're set.

Promise.

Jumaat, 2 Mac 2012

My Hero, My SUPERMAN!

Ada satu ketika bila aku terfikir, ada ke nanti seorang lelaki yang sanggup menanggung aku sepenuhnya? Ada ke lelaki yang sudi menjaga aku dari hujung rambut sampai hujung kaki aku? Ada ke lelaki yang mampu memberi apa saja kemahuan aku?

Ada ke lelaki yang sanggup menanggung, menjaga dan memberi segalanya untuk aku seperti apa yang telah abah aku lakukan sepanjang usia aku sejak dari aku pertama kali diazankan sehingga tiba saat aku aku akan dilepaskan dari tanggungjawab abah?

Abah, jangan lepaskan Ika di bawah tanggungjawab sesiapa pun jika dia tak mampu membuat apa yang abah telah berikan sepanjang Ika menjadi tanggungjawab abah. Tak ada sesiapa pun yang mampu tewaskan kehebatan abah menjaga Ika. Dan kalau pun ada, takkan mampu dia sehebat abah.

Abah, tak ada sesiapa mengenali Ika, anak abah. Tak ada sesiapa mampu jaga diri Ika, dan hati Ika sebagaimana yang telah abah lakukan. Abah lah kekuatan Ika.

Rindu abah, my only man. I truly love you. :')

Sedar

Ada satu-satu masa dalam hidup kita, kadang-kadang bila melakukan sesuatu tanpa berfikir tu buat kita rasa menyesal. Rasa tersalah. Nak dibiarkan, kita yang sakit. Bila tak dibiarkan, orang lain yang kecewa. How can we fix that?

Menjaga hati tu payah.

Tak sepatutnya aku bising. Baik aku diamkan diri, bekukan hati. Lebih baik aku tak ada perasaan, kalau begini lah susahnya menjaga perasaan.

Aku rasa kecewa, tapi bukan ni masanya. Ini silap aku. Maafkan aku.

Sabtu, 11 Februari 2012

Jaga Luar, Jaga Dalam.

Yang bertudung labuh, berkopiah & penuh ilmu agama di dada pun bersayang-sayang dengan ajnabinya, macamana gua nak respek orang macam tu??

Jumaat, 10 Februari 2012

Ketidakmampuan

Aku melihat dalam diam. Tak mampu terucap apa-apa.
Cuma mampu alihkan pandangan. Tak mampu, tak mahu.
Aku mendengar tanpa menyahut panggilan. Aku cuba abaikan.
Dan aku berfikir. Biarlah, aku tak mampu berbuat apa-apa.
Aku tak rasa terkalah. Tapi sedikit terkilan.
Rosak hariku.

Kau tahu betapa aku lemah di hadapannya.

Selasa, 7 Februari 2012

Jangan Layan Moody Aku

Aku bukan nak terasa hati sangat pun. Tak tau kenapa lately aku macam mudah nak moody sikit. Semua serba tak kena je. Buat ni salah, buat tu silap. Sampai orang lain yang kena tempias sikap sensitif aku kali ni. Padan muka hampa.

Kalau nak ikutkan, aku boleh tacing dengan semua orang. Dengan mak, abah, kakak, kawan-kawan, lecturers. Dan dengan dia. Sudah lah Ika. Membesarlah, matanglah. Please..

Isnin, 6 Februari 2012

Kesempurnaan

Pernah seseorang itu bertanya kepada aku, "bagaimana nak melihat kesempurnaan itu?"
Aku memberi jawapan, "macamana aku boleh tahu?"

Soalan dibalas dengan soalan. Maaflah, aku sendiri tak tahu bagaimana mahu menafsir kesempurnaan. Kerana aku pun bukannya sempurna. Kerana segala kesempurnaan itu rahsia Allah.

Maaf sejuta maaf. Aku banyak silap. Maafkan aku, aku orang bukan sempurna. Malah kau juga sama. Jangan hanya tahu menyalahkan aku, menuding jari menunjukkan salahku. Kita manusia, tak lari dari melakukan kesilapan.

Selasa, 31 Januari 2012

Aku Bising Pun Salah

"Ape masalah kau ni Ika?" Seorang teman yang sedang kehairanan dengan muka masam mencuka menyoal aku atas kelakuan yang dianggapnya tidak siuman, yang memang bukan aku. Mungkin dalam benaknya, aku sedang hilang akal, atau gila. Teman itu cuba menenangkan aku. Dia tengok je aku dari tadi. Aku sedar, sejak dari tadi mulut aku tak berhenti mengomel. Yang itu jadi bualan aku. Yang ini jadi bualan aku. Semua nak mengarut.

"Kau ni pelik la. Kalau aku senyap kang cakap aku ni pendiam, tak pandai berborak, pasif, pesimis. Ni aku buka mulut sikit dah cakap aku kaki merepek, mencarut, menganjing, dan sebagainya. Kau memang pelik." Balas aku sambil merenungnya tajam.

Tapi pada teman itu, aku senyum. Yang lain-lainnya cuma memandang sinis padaku. Ada aku kisah? Namun, pada satu ketikanya, mata aku tertancap pada sepasang mata yang dari tadi memandang aku. Itu juga temanku. Aku senyum, sambil angkat-angkat kening padanya. Bibirnya ukirkan senyuman. Tapi hambar. Aku tahu, dia sedang sedih. Maafkan aku, kerana tak berdaya memulihkan kondisi 'kita-kita' seperti sedia kala. Kita semua dah jadi lain. Kau sedang bersama 'orang luar' itu. Aku tahu kau rindu. Aku pun sama. Terus aku balas senyuman hambarnya. Kasihan, dia sedang salah sangka.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa dan apa sebabnya hari ni aku jadi over react, over active, hyper tak memasal. Seriously aku tak tahu. Muka macam orang tak guna menang loteri je. Ok, itu over.

currently listen to: What Are Words by Chris Medina

Isnin, 30 Januari 2012

Antara Aku, Kau, Dia & Mereka

Cuba kau bayang jika tanpa aku dan dia. Bayang saja memang boleh lah. Dan boleh kau lalui saat tanpa kami? Tanpa aku dan mereka. Okey lah, kalau bukan tanpa aku pun, tanpa dia. Atau mereka. Aku tak cakap nonsense. Aku tulis apa yang ada di benak fikiran sempitku. Sempit bagi kau, tapi luas bagi aku.

Apa aku merepek?

Kalau diikut merepeknya aku, sampai bila pun memang tak sudah. Macam kau tak pernah merepek. Ya, kau. Telunjuk aku memang tunding pada kau. Tak pernah merepek? Jangan nak menipu. Yang merepek ni lah aku simpan sampai hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan, malah tahun-tahun dengan kau. Diam. Aku memang suka diam. Buat apa kecoh. Kan aku ni fikirannya sempit. Ini firasat negatif aku. Kau tak pernah pun cakap aku fikiran sempit.

"Air dicincang takkan putus." Entah siapa yang cipta peribahasa begitu. Tapi memang betul pun. Air dicincang takkan pernah putus. Takkan pernah terpisah. Kita tengoklah nanti macamana 'air' tu boleh nk 'putus' kalau dicincang. Nak tengok jugak lama mana kau boleh 'putus'.

"What if i wanted to fight?" Pinjam ayat Jared Leto kejap. Cis, niat taknak tulis panjang-panjang pun.


Ahad, 29 Januari 2012

Sunyi

Aku dalam keseorangan, kesunyian.
Bersendirian dalam kamar buruk ini.
Cuma suara abang-abang The Beatles yang menemani.
Dan kekasih hati juga.
Lalu datang seorang teman.
Kondisi sunyi tadi mula riuh.
Pecah damainya dengan hilai tawa makhluk bernama manusia.
Namun ada pada satu ketikanya, diam kembali.
Sunyi dan senyap.
Aku kembali diam.
Dan aku masih diam.



Makanan telinga saat ini: Norwigian Wood-The Beatles

Let's get it started!

Mulakan yang baru. Let's get re-fresh!